Tuesday, May 30, 2017

Mitsubishi Cari Bayi Bernama Pajero Sport

Mitsubishi Cari Bayi Bernama Pajero Sport





JAKARTA: Mitsubishi Indonesia mencari seorang bayi lelaki bernama Pajero Sport selepas kanak-kanak berkenan yang dinamakan sempena nama kenderaan buatan Jepun itu tular di media sosial.


Liputan 6 melaporkan, bayi itu tular di Internet selepas satu kad yang mengumumkan kelahiran kanak-kanak berkenaan dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.


Dalam kad berkenaan, bayi yang dinamakan Pajero Sport itu adalah anak kepada pasangan M Muis Iskandar dan Novi Yanti yang lahir pada 26 April lalu.


Pajero Sport adalah nama model kenderaan pacuan empat roda keluaran Mitsubishi yang popular di Indonesia.


Selepas bayi itu tular di Internet PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) selaku ejen tunggal Mistubishi di Indonesia dilaporkan mahu mencari kanak-kanak berkenaan.


Perkara itu diumumkan ketua perhubungan awam dan tanggungjawab sosial korporat MMKSI, Intan Vidiasari dalam akaun media sosial syarikat itu yang dikenali sebagai Mamabishi.


“Sesiapa yang mengenali atau mempunyai nombor telefon keluarga bayi bernama Pajero Sport dan anak keempat pasangan M Muis Iskandar dan Ibu Novi Yanti sila hubungi Mamabishi.


“Mamabishi teringin bertemu dengan bayi itu untuk mengucapkan selamat dan terima kasih,” katanya dalam akaun berkenaan. - hmetro

Monday, June 27, 2016

CARA NAK TAHU MASALAH APABILA LAMPU CHECK ENGINE MENYALA



Cara untuk mengetahui apa masalah apabila tiba2 lampu check engine menyala yg menandakan ada salah satu sensor x berfungsi..








1. Mula2 loop wire di diagnotic soket yg terletak di enjin bay ( utk enjin efrl )
2. Offkan ekon.. blower.. switch ekon
3. On kunci.. pada waktu ini.. lampu check engine akan berkelip kemudian delay 1 saat dan berkelip lagi.. let say ia berkelip 5 kali kemudian delay dan berkelip 2 kali.. so code yg keluar ialah 52
4. Catatkan code yg keluar
5. Refer code di bawah

13 - rpm mulfunction
14- cam angle sensor
16- ignition system mulfunction
18- knock sensor
21- 02 sensor
22 - 02 sensor bawah
25- fuel trim too lean
26- fuel trim too rich
31- map sensor
41- tps sensor
42 - engine coolant temp
43- intake air temp sensor
44- A/C evaporator temp sensor
51- switch signal mulfunctio ( a/c)
52 - speed sensor
54- starter signal mulfunction
71- idle speed control
73 - variable valve advance / retard
74- oil control valve ( dvvt )
75- variable valve timing
76- evaporator emission control ( vsv )
81- immobolizer signal mulfunction
82 - ABS abnormal reception
83- immobolizer signal circiut mulfunction


6. Check sensor.. soket.. wire yg berkaitan.. repair atau tukar komponen yg rosak
7. Reset ecu - cabut negetif battery atau fuse efi ( untuk mengelakkan setting radio dan jam lari )
8. Ulangi langkah 1 hingga 3..
9. Lampu check engine akan berkelip laju menandakan system EFI tiada masalah..
10. Kalau lampu check engine masih berkelip dan delay.. bermakna masih ada sensor yg bermasalah.. refer code yg diberi

Good luck

Thursday, June 9, 2016

PROTON MENJAWAB PERTUDUHAN KENDERAANNYA AKAN ROSAK JIKA MENGGUNAKAN JUMP START






Proton sangkal dakwaan model kenderaannya akan rosak jika menggunakan ‘jump-start’

Akibat penyebaran notis (gambar di atas) yang kononnya dari sebuah pusat servis kenderaan di laman media sosial baru-baru ini, Proton telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai perkara ini.

Menurut Proton, imej yang tersebar ini, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU), adalah tidak benar sama sekali. Sekali gus menegaskan, semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula atau jump-start.

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Justeru, syarikat pengeluar kenderaan nasional ini
ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel jump-start adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Prosedur yang betul untuk melakukan jump-start kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.



Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan apabila menggunakan kabel jumper yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain :
Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel jumper boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
Gunakan hanya kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
Kabel jumper negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa-apa bantu mula kecemasan kepada bateri. Proton sekali lagi menegaskan, syarikatnya sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, bolehlah terus hubungi Talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada customercare@proton.com.

SUMBER: http://paultan.org/2016/06/10/proton-sangkal-dakwaan-model-kenderaannya-akan-rosak-jika-menggunakan-jump-start/

Wednesday, June 8, 2016

TIPS MEMILIH ENJIN HALFCUT YANG TERBAIK






TIPS MEMILIH ENJIN HALFCUT 

1)Bukak radiator cap. pastikan air dalam tu ijau cantik punyer...pastu jgn ttp...biar je 
terbuka...pastikan air dalam tangki spare cukup...


2)Bukak oil cap.tengok keadaan dalam enjin sama ada berkarat atau kekuningan...kalo 
karat,bermakna enjin sudah lama tak hidup..kalo kuning, ok la tu...kalo depan kesan 
hangus...(bau minyak hangus) sendiri mau ingat.

3)Tarik deep dtick...lap 1x...tengok ade kesan minyak tak...(biase kalo ade akan jd 
berbelang)...kalo ade belang tu...maksudnye enjin sudah lame tak hidup atau minyak enjin 
sudah lama tak tukar. bila check dipstick tu... make sure warna minyak itam tu bukan kelabu... kalau kelabu.. maknanye enjin dah masuk air..... trang tang tang... penah aku nak beli halfcut L5 air tu.. tauke tu kata boleh tukar minyak itam kompem ok.... aku kata.. kepala otak ko!!! in the 1st place camne pulak air boleh masuk ke dalam enjin kalau bukan head gasket dah problem... 



lagi satu yg jarang orang buat... compression test... bawak ler pomen atau pinjam ler tools tu... tak rugi check.. nak2 pulak kalau korang ambil halfcut yang harga2 mahal... GSR contohnye... ataupun halfcut yg sparepart/ top set nye boleh buat rahang korang jatuh.. hehehe

4)Kalo enjin turbo...cube tengok sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) sama ada leaking atau tak...kalo leaking...tak yah amik.

5)Biasenye halfcut,ade ekzos sparuh...korbankan skit tangan korang yang bersih tu,"colek"skit kat bhgn dlm ekzos tu...tgk ade minyak ke x...kalo ade minyak...(atau kesan minyak enjin)...maksudnye valve seal da bocor...

6)tengok mileage...(jangan percaye sgt, ade yang meter pusing)

7)perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ada banyak habuk melekat,jadi hitam...tu takpe...boleh cuci...tapi kalo basah ngan minyak,tak payah amik.

8)Apabila korang betul2 dah puas ati dgn kriteria di atas, barulah korang suruh die start enjin...dgr die punye autochoke,jalan ke tidak...rpm akan jadi tinggi mase autochoke ni on...

9)kat no 1 tu, aku cakap jgn tutup radiator cap kan?...ha...mase enjin baru nk start ni la byk rahsia ttg enjin tu yg korang boleh tau...tengok sama ada air dlm radiator tu,melompat keluar atau tak...kalo melompat je...korang suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik halfcut tu, takyah amik...comfirm byk problem halfcut tu...lepas tu korang biar je sambil tengok air dalam radiator tu,kurang atau tak...dlm mase yg same, tgk dkt ekzos, mesti ade sedikit asap warna putih atau itam (normal ni, sbb pembakaran belum lengkap, enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh atau merecik melalui ekzos... ini tandanye enjin tersebut berada pada tip top condition...

10)Perkara paling penting skali mase bli halfcut ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jgn buka air cond dulu...biar die jalan dulu...lantakla kalo tak cukup minyak pun...suruh tokey tu tambah lagi petrol...cakapla yang kite nak beli...die mesti layan punye...dengar betul2 die punye idling,elok ke tidak...

11)Bila kipas da pusing...em...kalo bole biar smpi cut...tgk sama ada semput ke tak...kalo semput...mintak turun harga...mungkin plug da tak elok...(sampai stage ni,korang mesti beli,kalo tak beli,siap la korang kene hamun ngan tokey tu)

12)Lepas tu...barulah korang check functional setiap controller...aircond,lampu hujan,lampu besar,lampu highbeam,signal-yang penting nyala,kelp ke tak kelip ke,bukan salah lampu tu,sebab signal blakang takde,so relay jadi tak betul,lps tu tgk lampu2 meter,temperature tu jgn lupe,jgn lebih separuh jam...kalo salah satu dari ni tak function,mintak turun harge kaw2 punye...

13)Pastikan korang dapat complete ngan disc blakang skali,absorber,tangki minyak dan floor mat...kalo xde,mintak turun harga lagi...

14)Yang penting skali...lps idupkan enjin...biarkan dlm 5 minit pastu tekan clutch...kalo RPM drop maknenye main bearing da lingkup (utk halfcut manual sahaja)

Tuesday, March 17, 2015

FERRARI ZIZAN TERLIBAT KEMALANGAN DI PUTRAJAYA??






Jika benar berita yang kami dapat melalui sumber ini, nampaknya besar sungguh dugaan Zizan Razak ketika ini, sudahlah baru sahaja putus cinta, kini khabarnya Ferrari miliknya pula terlibat di dalam kemalangan di Putrajaya.


Kami sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa trafik Putrajaya berhubung kesahihan perkara tersebut namun sehingga kini, belum ada laporan yang dibuat oleh pihak yang terlibat di dalam kemalangan.

Diharapkan perkara ini tidak benar kerana sehingga setakat ini belum ada apa-apa berita daripada pihak Zizan dan orang ramai.. Kita doakan agar Zizan sentiasa dilindungi Allah Hendaknya





Monday, March 2, 2015

WIRA KERAT PUNGGUNG (5 Gambar)


















Kereta Allahyarham Nik Aziz Diiklan Untuk Dijual?



Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.




KUALA LUMPUR, 2 Mac:

Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.

Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi.

“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.

“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. share
 kepada yang berminat,” katanya di status Facebooknya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Rakyat Post, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.





“Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya kepada The Rakyat Post.




Wednesday, February 25, 2015

DAIHATSU WAKE MASUK MALAYSIA??


DAIHATSU WAKE MASUK MALAYSIA??






Daihatsu wake merupakan kereta kompak MPV yang tengah laris di Japan. Tak salah saya daihatsu Wake juga telah diperkenalkan di Indonesia pada november 2014 lalu. Kepada penggemar tegar barangan buatan Daihatsu sudah pasti tidak akan melepaskan saat mencuba kenderaan ini.

Teringat saya satu model proton iaitu Proton Juara. besarnya yang lebih kurang sama cuma reka bentuk sahaja yang berbeza membuatkan daihatsu wake ini lebih menarik.

Di Malaysia jangan harap model ini akan dilancarkan selagi Perodua bertakhta. So, kepada yang banyak duit boleh la mengimport model ini dari negara-negara jiran takpun terus sahaja ambik di Jepun.

Kapasiti enjin terlalu kecil. sama sahaja seperti enjin kancil. Enjin Daihatsu Wake hanya berkapasiti 658cc 3 silinder DOHC.

Apa-apapun saya betul-betul berminat dengan design Wake ini kerana penampilannya agak menyerlah apabila berada dijalan raya. dengan struktur bodynya juga membuatkan anak muda lebih tertarik dengan gaya feminin MPV ini.




By:
Abu Huzaifah
pengkaji ilmu mekanik nusantara











Tahukah Anda, Mengapa Bayi Pengemis Selalu Tertidur?

Tahukah Anda, Mengapa Bayi Pengemis Selalu Tertidur? 


Oleh: Rijalul Imam 


Dekat stasiun di sebuah kota besar duduk seorang wanita dgn usia yg tak diketahui. Rambutnya kotor, kepalanya tertunduk dalam kesedihan. Wanita itu duduk di lantai kotor dan di sampingnya terletak sebuah tas. Dalam tas itu orang melempar uang. Di tangan wanita, tidur seorang bayi berusia dua tahun. bayi itu berpakaian kotor. Banyak orang yang lewat akan memberikan uang. Kami selalu merasa kasihan pada orang kurang beruntung. Kami siap untuk memberikan orang-orang malang itu kemeja terakhir kami, uang terakhir kami di dalam kantong tanpa ragu ragu. Aku berjalan melewati seorang pengemis selama satu bulan . 

Tidak memberikan uang, karena saya tahu bahwa ini adalah geng yang dioperasikan dan uang yang dikumpulkan oleh pengemis akan diberikan kepada siapapun yang mengontrol pengemis di daerah tersebut, orang-orang yang memiliki banyak properti mewah dan mobil. Sebulan kemudian, saya berjalan melewati pengemis, seketika saya merasa terkejut. saya di persimpangan yang sibuk, menatap bayi, berpakaian seperti biasa yang sangat kotor. Saya menyadari bahwa itu tampak aneh, menemukan seorang anak kecil di sebuah stasiun kotor dari pagi hingga sore. Bayinya tidur. 

Tidak pernah menangis atau menjerit , selalu tertidur, mengubur wajahnya di lutut seorang wanita yang disebut ibunya. Apakah salah satu dari Anda memiliki anak-anak antara usia 1 sampai 3? Apakah Anda ingat bagaimana mereka tidak dapat tidur lebih dari 2 jam pada suatu waktu? Namun, anak-anak ini selalu tertidur. Selalu! Oleh karena itu kecurigaan saya tumbuh. "Kenapa dia tidur sepanjang waktu?" Aku bertanya (kepada pengemis), menatap bayi. Pengemis pura-pura tidak mendengar saya. Dia menunduk dan menyembunyikan wajahnya di kerah jaket lusuh nya. Saya mengulangi pertanyaan itu. Wanita itu mendongak , melhat saya, seakan kesal dengan pertanyaan saya. "B*ngs*t" , bibirnya bergumam. 


Di belakangku seseorang menaruh tangannya di bahuku. Aku menoleh ke belakang . Seorang pria tua itu menatapku tidak setuju: "Apa yang Anda inginkan darinya? kamu tidak melihat seberapa keras kehidupannya?." Dia mengambil beberapa koin dari sakunya dan melemparkannya ke kantong pengemis tsb. Pengemis itu menunjukkan raut wajah wajah berterima kasih dan kesedihan pada umumnya. Orang itu melepaskan tangannya dari bahuku dan berjalan keluar dari stasiun. Hari berikutnya aku menelepon teman. 

Dari teman saya, saya berhasil menemukan bahwa pengems itu adalah bisnis, meskipun terlihat spontanitas, jelas terorganisir dan diawasi oleh lingkaran organisasi kejahatan. Anak-anak yang digunakan adalah anak hasil "menyewa" dari keluarga pecandu alkohol, atau hasil penculikan. Saya membutuhkan jawaban atas pertanyaan - mengapa bayi tidur? Dan saya mendapatkannya. Teman saya mengatakan kepada saya dengan suara tenang, "Mereka diberikan heroin, atau vodka" Aku tercengang . "Siapa yang diberikan heroin atau vodka?!" Dia menjawab, " Anak itu, sehingga ia tidak berteriak. 

Wanita itu akan duduk sepanjang hari dengan dia, bayangkan bagaimana anak itu mungkin bosan?" Dalam rangka untuk membuat bayi tidur sepanjang hari, ia dicekokin dengan vodka atau obat-obatan. Tentu saja, tubuh anak-anak tidak mampu mengatasi bahan2 keras tersebut. Dan anak-anak seringkali tewas. Hal yang paling mengerikan - kadang-kadang anak-anak meninggal selama "hari kerja" . seorang "ibu" harus memegang mayat anak kecil di tangannya sampai malam. Ini adalah aturan. 

Dan oleh orang yang lewat akan diberikan beberapa uang ke kantong pengemis, dan percaya bahwa mereka melakukan perbuatan baik. Membantu ibu tunggal. Hari berikutnya saya sedang berjalan di dekat stasiun yang sama. Aku membawa identitas jurnalistik, dan sudah siap untuk pembicaraan serius. sayangnya pembicaraan tidak be rhasil. Namun, terjadi hal ini: Seorang wanita sedang duduk di lantai dan di tangannya seorang anak kecil. Aku bertanya pertanyaan tentang akte kelairan anak, dan yang paling penting, di mana anak kecil kemarin yang ia diabaikan. 

Kelakuan saya diprotes oleh orang yang lewat. Saya diberitahu bahwa saya sudah gila karena berteriak pada pengemis miskin dengan seorang anak. Pada akhirnya, saya dikawal keluar dari stasiun dalam kehinaan. Satu hal yang tersisa adalah untuk memanggil polisi. Ketika polisi tiba, pengemis dengan bayi menghilang . Bila Anda melihat seorang wanita dengan seorang anak, mengemis, berpikir sebelum Anda menyumbangkan. Pikirkan tentang hal itu, jika bukan karena ratusan ribu pemberi sedekah, bisnis seperti ini sudah mati. Bisnis akan mati dan bukan anak-anak. 

Jangan melihat anak yang sedang tidur dengan kasih sayang. Lihat horor. Karena Anda membaca artikel ini , Anda tahu sekarang mengapa anak tersebut tidur di tangan pengemis. Silakan berbagi ini. Dan ketika Anda memutuskan lagi untuk menyumbang ke pengemis, ingat bahwa amal yang anda lakukan bisa jadi kematian bagi anak kecil lainnya. 


(*) Sumber tulisan: http://www.pekanews.com/…/tahukah-anda-mengapa-bayi-pengemi…

Apa maksud lambang BMW?



BMW

Di Jerman pada tahun 1916, jenama BMW yang kini bernilai AS22.3 bilion dizahirkan oleh Franz Josef Popp. Ianya adalah hasil daripada beberapa penggabungan syarikat yang pada awalnya merupakan pengeluar enjin kapal terbang. Logo BMW adalah lambang kipas kapal terbang. Selepas perang dunia pertama, BMW terpaksa menghentikan pengeluaran enjin kapal terbang. Mereka mengalihkan produksi kepada motosikal pada tahun 1923 dan kereta pada tahun 1928.

Monday, February 9, 2015

CARA CARA PASANG BESI TAYAR SPARE DAIHATSU MIRA RV4 KE BODY KANCIL

Perkongsian dari seorang sahabat bagaimana caranya jika anda tidak dapat barang complete untuk set RV4 anda.. beliau telah mengongsikan step by step langkah-langkah untuk memasang besi tayar spare di body kancilnya.. Terima kasih kepada pemilik facebook bernama Hi Ahmon











Wednesday, February 4, 2015

DAIHATSU MOVE COVER STERENG WALNUT


DAIHATSU MOVE COVER STERENG WALNUT
RM100

Biginner and Senior mark driver


Item: Biginner and Senior mark driver
Price: RM20
post: Add RM6
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc. shipping method: Self collect,Poslaju Location:PUTRAJAYA 
Contact No:0199177226-ABU

FENDER MARKER LAMP CHROME


Item: Fender Marker lamp
Price: rm50
post: Add RM10
Payment Type: COD/MAYBANK2u/ATM DEPOSIT etc. shipping method: Self collect,Poslaju Location:PUTRAJAYA 
Contact No:0199177226-ABU

Thursday, January 29, 2015

JAWAPAN SIAPA PEMILIK KERETA BACK TO THE FUTURE???




Akhirnya sudah mendapat jawapan siapakah pemilik kereta jenama DeLorean dalam filem ‘Back To The Future’ yang ditemui Di Miri. Untuk makluman kereta tersebut memang kereta original yang digunakan dalam filem Back To The Future. 

Kereta tersebut pada asalnya adalah milik Sultan Brunei dan telah dijual istana kepada salah seorang family "Samling". Kereta itu kemudian dihantar ke sebuah bengkel di Pujut Miri untuk dibaiki pada tahun 2010

Wednesday, December 31, 2014

Pencari Harta Karun Temui Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Tanah (7 Gambar)


Pencari Harta Karun Temui Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Tanah (7 Gambar)





Menurut sumber dari sebuah blog, gambar ini di ambil di Rusia ketika sekumpulan pencari harta karun telah mengesan satu objek di dalam tanah dengan menggunakan alat pengesan logam yang di sangkakan barang berharga.

Tetapi apabila tanah di korek, penemuan yang mengejutkan, apa yang mereka ketemui ialah sebuah motosikal berusia kira-kira 80 tahun. (Krasnyi Oktyabr) L-300, atau asal DKW Luxus 300.

Tiada siapa yang tahu bagaimana motosikal itu boleh tertanam begitu lama, dan kemungkinan besar para pengkaji mengagak bahawa motosikal tersebut digunakan oleh para tentera pada era perang dunia kedua sekitar tahun 40-an.